Hujan bertambah lebat. Angin bertiup kencang. Lampu minyak tanah yang sekejap tadi menemaninya telah padam. Tiba-tiba kelihatan kilat menyambar di luar jendelanya disertai guruh yang berdentam-dentum dengan kuat. Matanya asyik menjeling ke arah jam di dinding sementara menanti kepulangan Fardhan, suaminya. Hatinya bertambah resah apabila tasbih yang digenggamnya terputus dan manik-maniknya jatuh bertaburan. Nadra pun melutut untuk mengutip manik-manik tersebut. Rahimnya terasa perit. Nadra sedang sarat mengandung. Nadra tidak pernah ditinggalkan keseorangan di rumah mentelaah dalam keadaan yang sedemikian. Ibunya menghadiri sebuah majlis kenduri di rumah Tok Penghulu manakala suaminya pula masih belum pulang dari tempat kerjanya.
.::.
Selalunya, pada masa begini, suaminya sudah pun pulang tetapi malangnya hari itu suaminya pulang lewat kerana banyak tugas yang harus diselesaikannya. Dia tidak menyalahi suaminya kerana dia tahu bahawa Fardhan bekerja kuat demi keluarga dan anak yang bakal dilahirkan. dia sedar itulah tanggungjawab suaminya.
.::.
Tiba-tiba Nadra terasa seakan-akan masanya sudah tiba untuk melahirkan bayi yang ada dalam kandungannya itu. Dia cuba berdiri tetapi dia terjatuh terlentang kerana terpijak manik-manik yang bertaburan di lantai itu. Kesakitannya bertambah perit sehingga mengakibatkan dia menggugurkan air mata. Nadra bertambah resah apabila terasa darah mengalir di kakinya.
.::.
Tiba-tiba telefon berdering. Nadra cuba merangkak ke arah telefon yang sedang berdering itu tetapi belum sempat dia mencapai gagang telefon, deringannya terhenti. Nadra meraung kesakitan dalam kegelapan. Dia menjerit meminta pertolongan. Sepi, tiada jawapan. Perasaan pilu merangkak ke hatinya kerana dia takut dia tidak dapat memberi kehidupan kepada kandungannya itu.
.::.
Dia teringat kembali masa dia berputus asa untuk mengandung lagi kerana sebelum itu, dia pernah dua kali mengandung, dan kedua-dua kandungannya keguguran kerana kelalaiannya. Demi perasaan kasihan terhadap suaminya, dia rela berkorban dan mencuba lagi. Malangnya peristiwa silam berulang kembali. Nadra menangis teresak-esak sambil menyeret dirinya ke arah pintu untuk meminta pertolongan jirannya. Lantai ruang tamu itu dicemari dengan kesan darah. Namun itu, dia cuba juga demi kandungannya tetapi nasib tidak menyebelahinya.
.::.
Dia terasa seakan-akan ajalnya sudah tiba. Walaupun demikian, dia redha dan sedar bahawa ini semuanya suratan takdir. Nadra tahu masanya sudah pun tiba. Sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, Nadra sempat mengucapkan dua kalimah syahadat dan melihat suaminya yang baharu pulang di muka pintu buat kali terakhir.
.::.
Dengan bantuan cahaya bulan yang masuk menerusi jendela ruang tamu, Fardhan terlihat susuk tubuh isterinya yang bergelimpangan di lantai. Fardhan terus melepaskan bungkusan makanan yang dipegangnya lalu berlari ke arah isterinya. Bungkusan makanan itu ialah untuk santapan isteri kesayangannya yang sedang sarat mengandung anak mereka yang diimpi-impikan. Dia memeluk erat tubuh isterinya tanpa menghiraukan kesan darah yang mengotori kemejanya. Dia berasa sebak dan menyesal kerana meninggalkan isterinya keseorangan di rumah tetapi dia tabah menghadapi kenyataan bahawa Allah s.w.t. lebih menyayangi isterinya, Nurul Nadra.
.::.
*Dhan, usah perasan ah. i just fancy your unique name.
lain dari yang lain. fullstop.*