prologue

NURUL AIN
j'ai vingth et un ans

i want to travel around the world, with bottles of mango milk tea in my esprit totebag.





Sunday, July 06, 2008 16:36

siang tadi, ibu, ayah, amirah & yours truly, menghadiri kursus Haji di Masjid Ahmad Ibrahim. maklumlah, dengan kehendaknya, insyaALLAH, ibu & ayah akan menjalani ibadah Haji pada tahun depan. :)

Ustaz Ahmad Dahri ada menyatakan bahawa, amalan itu ditentukan oleh niatnya. walau bagaimanapun, niat itulah yang menentukan haji itu mabrur ataupun mardud. haji yang mabrur itu, haji yang diterima ALLAH; manakala haji mardud itu, haji yang enggan diterima ALLAH. nauzubillah minzalik.

antara sebab-sebab haji itu menjadi mardud, ialah apa-apa pun yang haram & dilakukan sebelum ibadah haji itu - baik dari segi percakapan, perbuatan & juga pemakanan.

disini, ingin saya tekankan tentang pemakanan, kerana ia sesuatu yang semua orang lakukan. Ustaz menyatakan bahawa makananlah yang menjadi penyebab setiap tingkah-laku kita. apa yang kita makan, akan menjadi sebahagian dari tubuh kita & mengalir ke darah kita. oleh itu, jika apa yang kita makan itu halal, insyaALLAH, kita dilindungiNYA. halal itu tidaklah semestinya dari segi bahan-bahan makanan tersebut sahaja, tetapi juga sumber wang membeli makanan itu. jika makanan yang halal dibeli menggunakan wang hasil menang 4D, maka haramlah makanan yang walaupun halal bahan-bahannya.

kita imbaskan kembali ke artikel di dalam BM minggu lalu, ada juga persamaan yang boleh didapati bila dibandingkan dengan setiap apa yang Ustaz nyatakan tadi.

di Singapura ini, bukan susah untuk mencari makanan halal. malah, terdapat pelbagai makanan bangsa lain yang halal. nak & tak nak ajer.

nak western food? Eatzi Gourmet kat Safra Yishun & Eastpoint Mall kan ada.
(fyi: Eatzi, ibaratkan anak syarikat Jack's Place yang halal, tetapi Jack's Place tidak halal disebabkan penggunaan daging khinzir.)
nak sushi? Hae Sushi kat White Sands kan ada.
(fyi: Hae Sushi pula ibaratkan anak syarikat Sakae Sushi, tetapi Sakae Sushi masih tidak halal disebabkan penggunaan sake.)

semua ini, berbalik kepada diri kita sendiri.

dengan itu, Ustaz kaitkan tentang hal pemakanan halal & haram itu untuk memperingatkan bahawa sesuatu yang mudah & dianggap remeh, boleh menjadi penghalang mendapatkan haji yang mabrur. nauzubillah minzalik.

semoga setiap apa yang dinyatakan, dipertimbangkan dengan hati yang terbuka. niatnya, baik yang membaca & saya yang 'menulis', sama-sama mempelajari tentang hal ini. ia kerana, insyaALLAH, dengan izinnya, akan kita menjalani rukun Islam yang ke-5 ini, & sudah tentu kita inginkan haji kita itu mabrur & diperkenankan ALLAH. ia, bukan?